Tuesday, January 13, 2009

SIAPA BONEKA AMERIKA SEBENARNYA?

SEMALAM DATUK SERI ANWAR IBRAHIM DAN PAKATAN RAKYAT SEBULAT SUARA MENCABAR KERAJAAN MALAYSIA AGAR MENGUSIR DUTA AMERIKA DI MALAYSIA. TAPI TENGOKLAH BETAPA PENGECUT DAN BACULNYA KERAJAAN MALAYSIA KERANA SEHINGGA SEKARANG MASIH TIDAK BERANI BERBUAT DEMIKIAN, BETAPA LEMAHNYA KERAJAAN MALAYSIA, SETAKAT MENGHANTAR SURAT BANTAHAN KE AMERIKA?? SETAKAT HANTAR SURAT SAMA ADA BETUL ATAU TIDAK, SEMUA AGENSI BOLEH HANTAR SURAT. KERAJAAN MALAYSIA LANGSUNG TIDAK MEMBAWA ASPIRASI RAKYAT BERAGAMA ISLAM DI MALAYSIA YANG MAHU KERAJAAN MALAYSIA MEMBUAT TINDAKAN KERAS PADA AMERIKA. TINDAKAN MENGUSIR DUTA AMERIKA ADALAH PALING TEPAT, CONTOHILAH VENEZUELA YANG SUDAH LAMA MENGUSIR DUTA ISRAEL. SEMUA SUDAH TAHU AMERIKA DAN ISRAEL 2 KALI 5.

MENGAPA KERAJAAN MALAYSIA BEGITU PENAKUT ATAU BACUL SANGAT?? TAKUT BINI MASING2 TAK DAPAT LAGI SHOPPING SAKAN DI LOS ANGELES KER??

KAMI SUDAH LAMA TAHU SIAPA SEBENARNYA BONEKA AMERIKA. SELAMA INI ASYIK SIBUK MEMFITNAH ANWAR TAPI HARI INI TUHAN SUDAH TUNJUK SIAPA SEBENARNYA BONEKA AMERIKA IAITU SI BACUL DAN PENAKUT YANG MEMERINTAH MALAYSIA SEKARANG. HAMID ALBAR PUN BAIK BUANGLA GELARAN SAYYID PADA NAMA ANDA, WAT MALU AJE TAK HABIS-HABIS CARI ISU TERDESK NAK FITNAH ORANG. KO MEMANG SYED CELUP DAN MEMALUKAN. INSAFLAH KALAU BENAR-BENAR KAMU TU SYED, KALAU TAK, TANGGUNGLAH DOSA BERGANDA KERANA KETURUNAN SYED MESTI MULIA HATINYA DAN KALAU BUAT DOSA, TANGGUNGLAH 2 KALI GANDA!

Monday, January 5, 2009

MASHITAH...KAMI SANGAT KECEWA

ALASAN DR MASHITAH MENGECEWAKAN

SURAT 1 : Sering dijaja kesana dan sini, Malaysia ialah sebuah Negara Islam. Berbuih mulut para pemimpin dan ulama Islam Hadhari mempertahankan bahawa Negara ini merupakan Negara Islam.
Ini merupakan satu pengakuan yang tidak lain hanya bertujuan untuk menyaingi dasar perjuangan PAS, yang kemudiannya mempunyai motif untuk mengembalikan sokongan orang Melayu Islam, agar berada semula di bawah ketiak Umno.
Apabila para pemimpin telah mencanangkan bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Islam, maka sudah tentu para pemimpin tersebut perlu memastikan seluruh aspek kehidupan di Negara yang mereka perintah hendaklah berpandukan ajaran Islam. Percakapan hendaklah seiring dengan perbuatan.
Namun jawapan Dr. Mashitah Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri tentang isu sijil halal terhadap soalan seorang ahli Parlimen PAS baru-baru ini lebih banyak menimbulkan persoalan daripada memberikan jawapan.
Bayangkan dalam sebuah Negara yang pemimpinnya mengaku Negara yang mereka perintah ialah Negara Islam, hanya 18 buah hotel daripada 2,360 yang mempunyai sijil halal daripada Perbadanan Halal (TDC).
Malahan selepas diasak dan soalan baik oleh ahli parlimen pembangkang mahupun ahli parlimen pemerintah, Ustazah Mashitah mengambil sikap tidak sewajarnya dengan menjawab secara tidak bertanggungjawab.
"Bagi saya, hukumnya adalah senang iaitu kalau masyarakat umum mendapati makanan di hotel tidak halal maka kita jangan makan di sana".
Jawapan seperti di atas bukanlah satu jawapan yang bijak daripada seorang ahli agama yang bijaksana. Mashitah perlu membezakan antara parlimen dengan tadika cap kemas.
Mashitah perlu ingat, makan di hotel berbeza dengan masuk makan di kedai bukan Islam yang jelas tidak halalnya. Bagi kedai makan bukan Islam, sememangnya jarang orang Islam yang tergerak hati mahu berkunjung kesana. Jika mereka pergi juga itu adalah pilihan mereka sendiri.
Namun situasinya berbeza dengan hotel. Sekarang ini sudah menjadi trend jabatan kerajaan mahupun swasta mengadakan kursus, seminar, persidangan dan acara-acara bersifat rasmi di hotel-hotel. Kakitangan kerajaan juga swasta selaku pihak yang menurut perintah apabila diarahkan pergi menghadiri acara rasmi tersebut wajib pergi menghadiri acara tersebut.
Pada kebiasaannya pihak jabatan akan menempah bilik dan makan secara pakej untuk para peserta. Maka disinilah ramai pihak yang terjerat dalam situasi begini.
Sudah tiba masanya bagi pihak kerajaan mencari jalan bagi mengatasi masalah ini. Sikap berlepas tangan sebagaimana yang dipamerkan oleh Mashitah ketika di Parlimen bukanlah satu tindakan yang bijak dan bertanggungjawab.
Alasan Mashitah betapa kerajaan tidak boleh mengambil apa-apa tindakan terhadap hotel terbabit kerana tidak ada sebarang akta yang mewajibkan hotel mendapat sijil halal merupakan satu lagi jawapan yang sebenarnya menikam diri sendiri.
Jika Mashitah dan kementerian prihatin dan sensitive terhadap permasalahan ini, maka sewajarnya Mashitah berjanji aakan menguasahakan satu akta selepas ini bukannya dengan berdalih tidak ada akta.

p/s: Memang rasa nak sumpah sebagai tengkorak aje kononnya ini Negara Islam. HAH, betapa susahnya nak memartabatkan Islam inikan pula nak menjadi seorang pemimpin Islam yang berjaya. Itula, berebut sangat orang sekarang nak masuk politik dan jadi pemimpin, betapa berdosanya….. benda kecikpun tak boleh nak buat dan asyik beralasan aje. Kat akhirat tahulah balasannya setiap perut rakyatmu yang menelan benda haram.

HARAMKAN ISRAEL, USA DAN SEKUTUNYA

PEMIMPIN BARU NAK CAKAP PASAL BOIKOT BARANG USA DAN ISRAEL

Kami segelintir rakyat yang tiada punya apa-apa sebenarnya dah lama ingin boikot barangan produk USA dan Israel. Bila terjadi tragedi Semenanjung Gaza yang diserang dan ratusan yang terbunuh beberapa hari ini, barulah ada gesaan pemimpin kita untuk boikot barangan tersebut iaitu gesaan Tun Mahathir. Kami sebagai rakyat sudah lama ingin boikot barangan kafirun ini tetapi suara kami tak laku, cakap di internet, orang itu ini bangkang. Sekarang bila Tun Mahathir sendiri menyuarakan, barulah orang mula nak fikir. Itulah penangan seorang pemimpin, ada peluang masuk suratkhabar untuk menyuarakan dan disiarkan serta diikuti. Kami sebagai rakyat mahu semua pemimpin sepakat untuk boikot semua barangan USA dan Israel dan bukan sahaja boikot malah TAMATKAN SEMUA HUBUNGAN DIPLOMATIK DAN EKONOMI DENGAN NEGARA INI, HENTIKAN SEMUA IMPORT BARANGAN USA DAN ISRAEL DAN TAMATKAN SERTA MERTA SEMUA SYARIKAT-SYARIKAT MEREKA YANG BEROPERASI DI MALAYSIA. Orang zaman dahulu tak makan makanan merekapun, tetap boleh hidup. Banyak syarikat-syarikat mereka yang beroperasi di negara ini contohnya hypermarket, restoren dan sebagainya. Kami tak mahu semua itu dan mahu Kerajaan Malaysia buat sesuatu untuk menukarkan syarikat-syarikat tersebut kepada syarikat-syarikat lain untuk beroperasi. Kuasa membeli di Malaysia berada di tangan kita iaitu orang Islam dan orang Asia. Kami tak perlukan semua produk dari USA dan Israel dan tidak lupa produk dari Denmark juga kerana kami tidak akan lupa apa yang Denmark pernah lakukan.

KEMPEN PULAUKAN EKONOMI MEREKA DARI SEKECIL-KECIL KEPADA YANG SEBESAR-BESAR MELIBATKAN PEMBATALAN SEMUA BISNES MEREKA AKAN TETAP DITERUSKAN SEHINGGALAH ISLAM DAN UMATNYA DIMARTABATKAN SEMULA DI DUNIA INI, PEMBEBASAN TANAH SUCI PALESTIN DAN SELURUH TANAH UMAT ISLAM DIDUNIA INI.

KAMI MERAYU SEMUA PEMIMPIN YANG KAMI UNDI AGAR TAMPIL BERANI DAN TIDAK PENGECUT, BUATLAH SESUATU YANG AKAN DIINGATI TUHAN AGAR ANDA TIDAK AKAN DISEKSA DI AKHIRAT

Thursday, January 1, 2009

UMNO VS HUDUD

ISU HUDUD DAN UMNO

Pemimpin Umno tak habis-habis nak merncabar Pas supaya laksanakan hudud, dalam Utusan Malaysia bertarikh 26 Disember, pemimpin-pemimpin Umno tak kira lelaki atau perempuan sibuk duduk buat isu tentang hudud dan kerjasama antara Pakatan Rakyat. Mereka yakni ahli-ahli Umno tak layakpun nak bercakap soal hudud inikan pula mencabarnya kerana mereka tidak pernah bersetuju untuk menegakkan syariat dan syiar Islam secara syumul. Mereka adalah parti kebangsaan yang memperjuangkan sekular dan kesannya kita boleh lihat pada musibah dunia Islam kini. Kalau mereka benar-benar nak perjuangkan Islam, hudud dan apa jua berkaitan tuntutan Islam, sudah tentu mereka dah lama menyertai Pas. Kalau mereka kata Pas yang ada sekarang tak mampu dan lemah, habis tu mereka yang kononnya kuat mengapa tak tolong Pas? Menyalahkan parti yang tertegak atas dasar Islam samalah seperti apabila umat Islam lemah, maka agama Islam yang dipersalahkan. Dimana pegangan orang-orang UMNO? Mereka masih nak pegang pada parti kebangsaan tersebut atas dasar apa? Mereka kata Pas lemah takkanlah mereka nak biarkan pasti Islam ini musnah? Begitukah yang anda semua mahu wahai Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Khairy Jamaluddin, Alwi Che Ahmad, Anuar Sapian dan lain-lain lagi. Rosnah cakap supaya rakyat semua guna logik akal. Inilah logik akal sebenarnya iaitu ahli-ahli Umno tak layakpun cakap soal hudud kalau mereka sendiri tidak pernah menyokong dan mendasarinya. Nak cakap soal kerjasama Pas dengan DAP, tiada salahnya kerjasama ini andainya DAP menentang hudud sekalipun kerana PAS ada strategi tersendiri. DAP bukan parti Islam dan kejahilan mereka tentang hukum Islam adalah perkara lumrah dan kitalah yang akan mendakwahkannya. Macamlah MCA dan MIC menyokong hudud. Memang pelik dengan logik akal kita kalau pemimpin Umno asyik sibuk nak cakap pasal Hudud yang PAS perjuangkan. Sebenarnya ada baik dan hikmahnya kalau isu hudud ini timbul agar pemimpin bertopengkan Melayu Islam ini merenung diri dan tahu langit mana yang mereka junjung, barulah mereka sedar apa yang mereka dah pegang selama ini. Biarkan PAS bekerjasama dengan DAP atau mana-mana pertubuhan sekalipun, yang pasti niat PAS adalah ikhlas dan tidak pernah berubah, DASAR TIDAK PERNAH BERUBAH! Husam Musa tidak berniat untuk berdolak dalik, mana-mana pemimpin PAS pun kita yakini tidak akan berdolak dalik kerana tiada sesiapapun akan ubah dasar Islam dalam parti yang telah disepakati. Mursyidul am pun tak boleh ubah dasar itu.
Cakap soal cabar mencabar ini, kalau benarlah UMNO nak tunjuk hero soal hudud ini, mengapa tak perjuangkan bersama-sama PAS? Begitu juga dengan cabaran Nik Aziz bila UMNO sibuk cakap pasal muqabalah dan nak kerjasama dengan PAS baru-baru ini, Nik Aziz beri cadangan kalau betullah nak bekerjasama, bubarkan UMNO dan sertai PAS atau boleh bubarkan dua-dua dan buat satu Parti tunggal berteraskan Islam. Tapi tidak begitu yang berlaku kerana UMNO tak pernah ikhlas nak perjuangkan Islam kerana terlalu sayangkan pegangan kebangsaan ini. Jadi biarkanlah PAS nak bekerjasama dengan sesiapapun dia mahu demi merealisasikan perjuangan Islam sedikit demi sedikit, strategi demi strategi. Kalau Umno taknak sertai Pas, lebih baik duduk diam daripada menjadi tali barut musuh-musuh Islam melalui kata-kata sinis yang langsung tak beri faedah. Duduk diam-diam buat bisnes kontrak ajelah, jangan banyak cakap. Orang-orang UMNO yang kuat mengkritik isu ini kena mohon maaf pada Pas dan sertai Pas, ingatlah, pertelagahan ini takkan kemana kerana kita semua akan kembali pada Allah sebagai seorang hamba tanpa sekelumitpun kesombongan dan keegoan.

BOLA KELANTAN DAN KAFA

Yang sekor ni memang tak dapat dinafikan memang aktif benda-benda begini terutama kalau benda-benda yang boleh buat duit. Semalam bukan main lagi tayang mukanya dalam media. Tak habis-habis tentang bola, makan bola dan tido bola. Ini pendapat peribadila, nak setuju, setujula, nak bangkang, bangkangla, yang pasti orang yang setuju banyak lagi. Saya memang setuju PAS Kelantan tak masuk campur soal persatuan-persatuan Bola ni, biarkan pemimpin sekor tu dok sibuk, lagipun dia memang dah takde kerja lain, nak jadi MB awal-awal lagi si adek yang hambat peluang, inikan pula nak jadi exco jauh sekali sebab partinya kalah merudum di Kelantan. Kat Kelate ni, parti sekular ni dah jadi kelas yang amat rendah, nak mengaku ahlipun rasa tebal muka. Sebab sekian lama dok derhaka pada Tok-tok guru semata-mata diorang ni asyik tengok dengan mata fizikal aje, bukan dengan mata hati dan banyak kali memfitnah Tok Guru dengan memutarbelitkan kenyataan Tok Guru yang mana orang berakalpun sudah pasti dapat tangkap kemurnian yang tersirat dalam apa jua yang dikatakan Tok Guru selagi Tok Guru masih istiqamah dalam perjuangan menegakkan Islam. Berbalik pada yang sekor ni bila dah kalah merudum pilihanraya ke 12 ari tu, maka dia kekallah sebagai pejuang bola di Kelantan walaupun kerajaan negeri ada kuasa nak lupuskan dia dan kuncu-kuncunya dari bola Kelantan, tapi kerajaan negeri biarkan aje. Sebab dia dan kuncu-kuncunya memang berbakat dalam benda-benda duniawi semata-mata macam ni, jadi biarkanlah dia dan kuncu-kuncunya bekerja daripada duduk saja. Tiada siapa nak sekat dia punya kaki bangku nak tolong sepak bola sebab macam yang digariskan sebelum ini, parti dia memang parti bisnes dan tak layak jadi partipun atau lebih layak lagi boleh jadi macam badan-badan korporat lain seperti Perbadanan Nasional Berhad (PNB) dan lain-lain badan korporat. UMNO boleh jadi PUMNOB iaitu Perbadanan U.M.Nasional O Berhad sebab memang talented dan berbakat untuk memelihara bisnes-bisnes Melayu sebagaimana didakwa mereka selama ni. Harap duit-duit jual tiket tengok bola tu boleh buat keluar zakat juga, itu jangan lupa laa.

PETIKAN BERITA ISU NEGARA ISLAM

Kulasegaran Hormati Keputusan Pas (Sinar Harian, 26 Disember 2008)

SHAH ALAM – Naib Pengerusi DAP, M Kulasegaran menyatakan beliau menghormati pendirian Pas dalam pelaksanaan hUkum hudud sepertimana yang digembar gemburkan oleh pelbagai pihak kebelakangan ini.
Menurutnya, beliau tiada mempunyai masalah dengan pendirian tersebut lebih-lebih lagi jika hukum hudud itu membawa kesejahteraan kepada penganut agama Islam.
“ Saya tidak mahu komen lanjut , tetapi apa yang boleh saya nyatakan saya tidak ada masalah jika hukum itu membawa kesejahteraan kepada orang Islam” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Namun, kata salah seorang yang ditemui di Kota Bharu semalam, orang bukan Islam tiada masalah berkenaan hukum ini kerana itu adalah isu perundangan untuk orang Islam, tapi entah-entah orang UMNO yang ada masalah kot kalau-kalau hudud dilaksanakan sebagaimana yang pemimpin-pemimpin UMNO Kelantan sedang gembar gemburkan berkenaan isu ini.

Isu Hudud tidak wajar jadi bahan kempen Umno

KUALA TERENGGANU- Isu pelaksanaan hukum hudud dan qisas tidak wajar dijadikan bahan kempen sempena pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu kerana ia telah pun selesai ketika Pas memerintah Terengganu.
Ketua Angkata Muda Keadilan(AMK) Terengganu, Saudara Fariz Musa berkata, hukum hudud dan qisas adalah isu lapuk yang sengaja ditimbulkan oleh UMNO dan Barisan Nasional ketika perdebatan di Kelantan baru-baru ini.
Menurutnya, Enakmen Kesalahan Jenayah Hudud dan Qisas di negeri ini diwartakan pada 25 September 2003 namun belum dikuatkuasakan apabila kerajaan BN mengambil alih tampuk pemerintahan Terengganu setahun kemudian.
“Kita anggap rakyat Terengganu terutama kaum Cina telah mendapat maklumat dan penerangan secara jelas mengenai pelaksanaan hukum ini oleh Pas dulu.
“Hukum ini tidak ganggu keharmonian masyarakat Cina. Kita lihat ia cuba dimainkan UMNO kepada masyarakat bukan Islam (sejak dulu) dan digunakan dalam pilihanraya kecil P36,” katanya ketika ditemui di pejabat PKR semalam.
Sehubungan itu, Fariz meminta semua pihak terutama UMNO tidak lagi memperbesarkan isu tersebut kerana ia sama seperti mempertikaikan hukum yang telah ditetapkan oleh Islam.

Sinar Harian, 26 Disember 2008


ISU HUDUD AKAN MAKAN SI PEMAINNYA

Kalau benarlah Husam Musa berdolak dalik tentang perlaksanaan Hukum Hudud, ada beribu lagi pemimpin Pas dan berjuta lagi penyokong Pas ingin melaksanakan Hudud sebagaimana kenyataan pemimpin-pemimpin Pas di dada-dada akhbar bahawa Hudud adalah wajib dilaksana. Pemimpin Umno Kelantan jangan nak cakap mengarut, jangan nak samakan Hudud dengan Dasar Ekonomi Baru yang dilaksanakan BN. Yang saya nak tanya, pemimpin UMNO nak atau tidak laksanakan hudud jika berkuasa? Yang pasti nada Husam tidak pernahpun menolak hukum Hudud sebaliknya nada Khairy yang terang-tenang menolak Hukum Hudud dan tidak sanggup membentangkannya pada perhimpunan Umno. Isu Hudud ini dicetuskan semula oleh UMNO semata-mata nak cari isu untuk menang parlimen Kuala Terengganu tetapi kita akan lihat dengan mata hati dan iman yang sejati bahawa isu ini akan makan Tuan. Sebab itu Umno jangan nak main-main lagi dengan isu agama, kalau taknak laksanakan, katakan saja taknak. Sebagaimana kata Husam “ Mengapa hukum hudud perlu menjadi agenda Pas sahaja. Kita semua orang Islam tiap-tiap kita mempunyai tanggungjawab itu. Kenapa diberikan kepada Pas sahaja kalau kita ikhlas”. Jadi walau apa jua tohmahan mereka, penyokong Pas jangan bimbang kerana isu itu akan makan si pemainnya, Tuhan akan sentiasa bersama kita insyaAllah sebagaimana dalam sebuah lagu Kumpulan Brothers yang berbunyi ‘ You would be happy, if you follow Allah’s way’.

MENGAPA MEREKA SAYANG SANGAT UMNO?

MENGAPA PEMIMPIN UMNO SAYANG SANGAT UMNO?

Saya tahu mengapa orang pemimpin UMNO sayang sangat parti ini. Bukan sebab perjuangan tetapi sebab bisnes dan rezeki yang banyak mereka dapat melalui parti ini, kontrak-kontrak buat sekolah,jambatan, jalanraya dan sebagainya. Sebab itulah bila orang-orang ini buka aje mulut nak kritik perjuangan suci orang lain, tak masuk akal bunyinya. Inilah canggungnya bila perjuangan suci dicampur aduk dengan urusan peribadi termasuk bisnes-bisnes. Sebenarnya tak salah nak mendukung UMNO atas alasan bisnes, samalah seperti kalau masuk kerja di mana-mana syarikat, tentulah orang-orang yang ada kuasa di dalam syarikat itu merasa sayang pada syarikatnya tempat dia bekerja mencari rezeki. Yang pasti orang-orang UMNO memang berbakat di dalam perniagaan kerana mereka berjuang di dalam UMNO pun demi kelangsungan kuasa melayu atau mereka dalam ekonomi walaupun ada yang jadi ali baba iaitu dapat kontrak, beri kepada orang asing. Oleh kerana betapa hebatnya orang-orang UMNO dalam menjaga ekonomi masing-masing serta sikit sebanyak dapat beri peluang orang-orang melayu bekerja, jadi saya syorkan agar UMNO dikekalkan, tetapi bukan sebagai parti politik tetapi sebagai organisasi syarikat korporat. Huruf ‘o’ pada UMNO pun bermaksud organisasi. Memang sesuai UMNO jadi sebuah syarikat korporat sama seperti PNB dan sebagainya yang telah berjaya, jadi tak perlulah ‘orang-orang korporat’ ini cakap soal hudud dan perjuangan Islam kerana kelihatan memang canggung.

P/S : Begitu rupanya, barulah chek tahu sebab apa orang UMNO ni masih kekal dengan parti sekular ni sampai sanggup goyahkan parti Islam, rupanya tiada sebab lain hanyalah sebab nak jaga poket dan bisnes-bisnes semata, soal idealisme Islam dan perjuangan jauh sekali

PILIHANRAYA PARLIMEN KUALA TERENGGANU

PESANAN PADA PEMIMPIN YANG BANYAK CAKAP

Pemimpin tertinggi Islam sekarang jangan nak banyak cakap dan cabar mencabar soal perlaksaaan hukum perundangan Islam ( Hudud), Tanya diri sendiri, pernah tak aku bersuara dan berusaha untuk melaksanakannya? Itukan tanggungjawab pemimpin tertinggi terutama pada yang dah lama ada kuasa. Jadi, tak perlulah nak cabar mencabar kerana kepentingan sendiri dalam politik. “Kamu nak menang pilihanraya dan mengalahkan parti itu atas alasan apa? Atas alasan parti itu tak mampu laksanakan hudud sebab lemah? Pernahkah kamu bantu ketika kamu di puncak kuasa dahulu mahupun sekarang? Jadi, kepada pemimpin tersebut, jangan hanya tahu mencabar dan banyak cakap saja. Kalau dah sekular tu, tetap sekular la, Jangan nak mencabar parti Islam. Dalam Islam, bukan sahaja syariat penting, syiar juga penting iaitu menzahirkan pegangan dan aliran. Syiar itu membawa objektif untuk mempromosi dan berdakwah. Nama Islam pada parti dan pertubuhan yang dianggotai juga perlu dizahirkan, lagipun kita duduk dalam majoriti umat yang beragama dan berakar umbi Islam. Kenapa perlu di kebangsaankan. Obama itu aspek lain, dia tak boleh nak zahirkan sangat tentang Islamnya kerana dia berada dalam lingkungan bahaya kerana kanan dan kiri sekatan kuffar. Jadi kalau di Amerika, ada parti Islam nak pakai nama kebangsaan Amerika, itu boleh diterima Akal Islam sebab mereka tak boleh zahirkan sangat takut silap haribulan nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Tapi di Malaysia, bagaimana boleh seseorang yang kononnya pemimpin dipilih rakyat memperlekehkan saudara seIslam di parti Islam kononnya mereka tak mampu nak laksanakan perundangan Islam di negeri sendiri, jadi atas alasan itu mereka mesti kalah pada pilihanraya parlimen Januari ini??? Logikkah begitu dalil penentangannya? Secara logiknya, langsung tak betul di awal-awal lagi,jadi tak perlu pemimpin itu nak banyak cakap kerana pemimpin itu tak sertai parti Islam pun, inikan pula nak bersuara membantu Islam jauh sekali. Yang dia tahu, cari duit saja dan mencantikkan pakaian isteri bagai bidadari syurga. Bukankah pemimpin Islam mesti zuhud iaitu teramat beserderhana pada keduniaan. Pemimpin Islam kena ada prinsip, selagi ada rakyat aku kebuluran dan selekeh, aku sama sekali tidak akan jamah kemewahan dunia. Itulah pemimpin Islam yang sebenarnya. Kalau ada ramai pemimpin Islam sebegitu, pasti sistem terunggul dunia iaitu khalifah tidak akan lenyap di muka bumi ini.

NAFSU ITU MEMANG DEGIL-SEDEGILNYA

Dia kata kalau parti itu nak sangat buat hudud, kenapa tak buat di negeri-negeri yang parti itu perintah. Kuat betul pemimpin yang mengaku Islam itu itu cabar mencabar. Habis tu, dia yang beragama Islam tu selama ini buat apa? Parti dia yang memerintah separuh abad tu selama ini buat apa? Terkecualikah dia dari melaungkan dan melaksanakan hukum Allah itu? Atas alasan parti dia tak mahu hudud,terkecualikah dia dari tanggungjawab ini? Pastinya sebagai pemimpin, dia takkan terlepas dari ditanya di akhirat kelak mengapa dia tidak laksanakan sepenuhnya perundangan syariat dan syiar Islam ketika Tuhan beri dia keupayaan kuasa. Ala, senang kirala, tengok saja pasangan dia, tutup aurat pun tidak, inikan pula nak pakai ikut sunnah ummul mukminat iaitu pakaian isteri-isteri Rasulullah. Rambut bini dia bermaharajalela. Yang pasti dan termaktub, rambut itu adalah aurat bagi wanita-wanita Islam kerana secara logikpun, tiada wanita yang rasa selesa dengan membuka rambutnya menggerbang di depan lelaki, dengan menampakkan kemulusan telinga dan alur tengkuknya. Orang kristian dan yahudi yang mana pegangannya sudah tidak tulen pun masih lagi ada ketikanya menutup rambutnya ketika majlis kematian dan berkabung. Islam agama yang tulen, bukan sahaja mahu pengikutnya suci zahir, batin juga mesti suci. Kalau dah bersolek dan rambut bermaharajalela, dimana lagi letaknya kesucian hati? Bukankah manusia itu seharusnya meletakkan cinta dan keabdian hanya pada Tuhannya semata. Berhias, bersolek dan membuka aurat tu nak tunjuk pada siapa kalau bukan pada manusia untuk diriak-riak, diseronok-seronok, dibangga-bangga yang mana kalau berperasaan begitu, hati jadi puas dan seronok serta selesa sebagaimana benarlah kata lirik dalam lagu hijjaz yang berbunyi “semua orang rasa bangga dengan dosa”. Nak malu dengan dosa jauh sekali. Tunggu tua baru rancang nak insaf dan nak buat syiar dan syariat, betapa salahnya pegangan tauhid kerana seolah-olah menidakkan kuasa Tuhan untuk mencabut nyawa ketika usia masih muda. Jadi muncullah trend, emak bukan main lagi tutup aurat pakai tudung tapi tangan sedang memimpin anak gadisnya yang pakai jeans ketat, rambut didandan penuh bergaya dan bawa anak pergi berlakon masuk filem dan pentas pulak untuk promosi aurat anaknya. Ini bukan perlian, tapi ini hakikat, anda semua yang membaca kenyataan ini hati pasti bersetuju tapi nafsu belum tentu bersetuju. Jadi ayat yang paling mujarab saya nak tekankan disini ialah, betapa mahalnya syurga dan betapa susahnya nak masuk syurga kerana nafsu anda yang memang degil sedegilnya.