Monday, January 5, 2009

MASHITAH...KAMI SANGAT KECEWA

ALASAN DR MASHITAH MENGECEWAKAN

SURAT 1 : Sering dijaja kesana dan sini, Malaysia ialah sebuah Negara Islam. Berbuih mulut para pemimpin dan ulama Islam Hadhari mempertahankan bahawa Negara ini merupakan Negara Islam.
Ini merupakan satu pengakuan yang tidak lain hanya bertujuan untuk menyaingi dasar perjuangan PAS, yang kemudiannya mempunyai motif untuk mengembalikan sokongan orang Melayu Islam, agar berada semula di bawah ketiak Umno.
Apabila para pemimpin telah mencanangkan bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Islam, maka sudah tentu para pemimpin tersebut perlu memastikan seluruh aspek kehidupan di Negara yang mereka perintah hendaklah berpandukan ajaran Islam. Percakapan hendaklah seiring dengan perbuatan.
Namun jawapan Dr. Mashitah Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri tentang isu sijil halal terhadap soalan seorang ahli Parlimen PAS baru-baru ini lebih banyak menimbulkan persoalan daripada memberikan jawapan.
Bayangkan dalam sebuah Negara yang pemimpinnya mengaku Negara yang mereka perintah ialah Negara Islam, hanya 18 buah hotel daripada 2,360 yang mempunyai sijil halal daripada Perbadanan Halal (TDC).
Malahan selepas diasak dan soalan baik oleh ahli parlimen pembangkang mahupun ahli parlimen pemerintah, Ustazah Mashitah mengambil sikap tidak sewajarnya dengan menjawab secara tidak bertanggungjawab.
"Bagi saya, hukumnya adalah senang iaitu kalau masyarakat umum mendapati makanan di hotel tidak halal maka kita jangan makan di sana".
Jawapan seperti di atas bukanlah satu jawapan yang bijak daripada seorang ahli agama yang bijaksana. Mashitah perlu membezakan antara parlimen dengan tadika cap kemas.
Mashitah perlu ingat, makan di hotel berbeza dengan masuk makan di kedai bukan Islam yang jelas tidak halalnya. Bagi kedai makan bukan Islam, sememangnya jarang orang Islam yang tergerak hati mahu berkunjung kesana. Jika mereka pergi juga itu adalah pilihan mereka sendiri.
Namun situasinya berbeza dengan hotel. Sekarang ini sudah menjadi trend jabatan kerajaan mahupun swasta mengadakan kursus, seminar, persidangan dan acara-acara bersifat rasmi di hotel-hotel. Kakitangan kerajaan juga swasta selaku pihak yang menurut perintah apabila diarahkan pergi menghadiri acara rasmi tersebut wajib pergi menghadiri acara tersebut.
Pada kebiasaannya pihak jabatan akan menempah bilik dan makan secara pakej untuk para peserta. Maka disinilah ramai pihak yang terjerat dalam situasi begini.
Sudah tiba masanya bagi pihak kerajaan mencari jalan bagi mengatasi masalah ini. Sikap berlepas tangan sebagaimana yang dipamerkan oleh Mashitah ketika di Parlimen bukanlah satu tindakan yang bijak dan bertanggungjawab.
Alasan Mashitah betapa kerajaan tidak boleh mengambil apa-apa tindakan terhadap hotel terbabit kerana tidak ada sebarang akta yang mewajibkan hotel mendapat sijil halal merupakan satu lagi jawapan yang sebenarnya menikam diri sendiri.
Jika Mashitah dan kementerian prihatin dan sensitive terhadap permasalahan ini, maka sewajarnya Mashitah berjanji aakan menguasahakan satu akta selepas ini bukannya dengan berdalih tidak ada akta.

p/s: Memang rasa nak sumpah sebagai tengkorak aje kononnya ini Negara Islam. HAH, betapa susahnya nak memartabatkan Islam inikan pula nak menjadi seorang pemimpin Islam yang berjaya. Itula, berebut sangat orang sekarang nak masuk politik dan jadi pemimpin, betapa berdosanya….. benda kecikpun tak boleh nak buat dan asyik beralasan aje. Kat akhirat tahulah balasannya setiap perut rakyatmu yang menelan benda haram.

4 comments:

  1. pas dah ternyato gilo...

    dulu kate org Islam yg bekerja dgn org kafir tu kafir.. tp bila pas kejesame ngn DAP pas dah murtad ke?... layak ke org murtad nak laksanakn hukum hudud nih?... xpayah laa....pejuangn negara Islam pas hanya agenda politik semata2....

    ReplyDelete
  2. AWK TU YANG GILO, KHAIRY SENDIRI SELEPAS MENCABAR HUSAM BERKENAAN HUDUD, BILA DICABAR HUSAM SEMULA, KHAIRY SENDIRI TAK MAHU HUDUD DAN TAK BERSEDIA MEMBAWA ISU PELAKSANAAN HUDUD DALAM MESYUARAT AGUNG UMNO. YANG TAKNAK HUDUD SEBENARNYA UMNO, SEJAK DAHULU, KINI DAN SELAMANYA. SEKARANGPUN ANYTIME UMNO BOLEH JADI TULANG BELAKANG HUDUD SBB DIA YANG MEMERINTAH....

    UMNO MEMANG KURAP, PEMBOHONG BESAR, MUNAFIK DAN DAJAL BESAR DI DALAM ALAM MELAYU DAN ISLAM.

    AKU TAHULA SBB DAH LAMA AKU JOIN UMNO DAN MEREKA TIADA KERJA LAIN, ASYIK NAK PROJEK SKOLAH DAN JAMBATAN JE. BULATAN KIJANG DI KOTA BHARU PUN YANG DAH MOLEK ITUPUN, MEREKA ROBOHKAN SBB DAPAT KELULUSAN BAJET BESAR UNTUK BUAT BULATAN YANG BARU DENGAN HIASAN2 YANG MEMBAZIR.

    ReplyDelete
  3. MEMANG BENAR ORG ISLAM(UMNO) YANG BEKERJASAMA DENGAN ISLAM ITU JADI KAFIR SEBAB KERJASAMA UMNO DENGAN ORG BUKAN ISLAM TIADA SEBAB LAIN SEMATA-MATA DENGAN SEBAB NAK MENYEKAT SYIAR DAN SYARIAT ISLAM. SELAMA INI UMNO MEMANG TAKUT DGN MCA DAN MIC SAMPAIKAN PEMBERITA RTM PUN TAK DIBENARKAN BERTUDUNG...SEKARANG BARU DIBENARKAN SEBAB MRK BARU SEDAR, ORG2 CINA BUKAN SEJAHAT ITU. ORG CINA KATA.... LANTAK ORG ISLAM LA NAK BERTUDUNG KE TIDAKPUN... KAMI TAKKESAH, ITU AMALAN AGAMA DEPA. WAKIL RAKYAT KAMIPUN RAMAI YANG BERTUDUNG LABUH IAITU MUSLIMAT2 PAS CONTOHNYA AHLI PARLIMEN TITIWANGSA. YANG PENAKUT SELAMA INI IALAH UMNO SBB MEREKA DIRASUK SYAITAN... MEREKA TAKUT HUDUDPUN SBB MRK YANG SUKA BUAT MAKSIAT.

    JADI TIADA SALAHPUN MENGATAKAN BAHAWA UMNO BEKERJASAMA DENGAN BUKAN ISLAM AKAN JADI KAFIR SBB DASAR UMNO SENDIRI YANG SEKULAR.... BUKAN SAHAJA MEMBAWA KEPADA KERJASAMA YANG SIA-SIA MALAH LANGSUNG TIDAK DAPAT MEMBAWA ORG BUKAN ISLAM KE ARAH ISLAM, MALAH ORG UMNO SENDIRI YANG TAK PASAL2 TAKUT NAK LAKSANAKAN ISLAM WALHAL ORG BUKAN ISLAM TIADA MASALAHPUN DENGAN PAS. YANG TUNJUK TAKUT HANYALAH PEMIMPIN2 KAFIR YANG SEKOR DUA YANG KRONI KUAT DENGAN UMNO...

    ReplyDelete
  4. DASAR UMNO BUKAN SAHAJA SEKULAR, MALAH LEBIH TERUK LAGI DARIPADA KAFIR IAITU MUNAFIK IAITU MENJADI DURI DALAM DAGING KEPADA DUNIA MELAYU DAN ISLAM

    TIADA APA YANG PELIKNYA MENGATAKAN PERTUBUHAN SEUMPAMA UMNO ADALAH BERCIRIKAN KAFIR... DAH MEMANG GITU, TANYALAH SIAPAPUN YANG FAHAM AGAMA, ITULAH JAWAPANNYA... UMNO ADALAH KAFIR DAN LEBIH JIJIK DARIPADA KAFIR YANG MEMANG BELUM MEMAHAMI ISLAM

    ReplyDelete