Thursday, January 1, 2009

UMNO VS HUDUD

ISU HUDUD DAN UMNO

Pemimpin Umno tak habis-habis nak merncabar Pas supaya laksanakan hudud, dalam Utusan Malaysia bertarikh 26 Disember, pemimpin-pemimpin Umno tak kira lelaki atau perempuan sibuk duduk buat isu tentang hudud dan kerjasama antara Pakatan Rakyat. Mereka yakni ahli-ahli Umno tak layakpun nak bercakap soal hudud inikan pula mencabarnya kerana mereka tidak pernah bersetuju untuk menegakkan syariat dan syiar Islam secara syumul. Mereka adalah parti kebangsaan yang memperjuangkan sekular dan kesannya kita boleh lihat pada musibah dunia Islam kini. Kalau mereka benar-benar nak perjuangkan Islam, hudud dan apa jua berkaitan tuntutan Islam, sudah tentu mereka dah lama menyertai Pas. Kalau mereka kata Pas yang ada sekarang tak mampu dan lemah, habis tu mereka yang kononnya kuat mengapa tak tolong Pas? Menyalahkan parti yang tertegak atas dasar Islam samalah seperti apabila umat Islam lemah, maka agama Islam yang dipersalahkan. Dimana pegangan orang-orang UMNO? Mereka masih nak pegang pada parti kebangsaan tersebut atas dasar apa? Mereka kata Pas lemah takkanlah mereka nak biarkan pasti Islam ini musnah? Begitukah yang anda semua mahu wahai Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Khairy Jamaluddin, Alwi Che Ahmad, Anuar Sapian dan lain-lain lagi. Rosnah cakap supaya rakyat semua guna logik akal. Inilah logik akal sebenarnya iaitu ahli-ahli Umno tak layakpun cakap soal hudud kalau mereka sendiri tidak pernah menyokong dan mendasarinya. Nak cakap soal kerjasama Pas dengan DAP, tiada salahnya kerjasama ini andainya DAP menentang hudud sekalipun kerana PAS ada strategi tersendiri. DAP bukan parti Islam dan kejahilan mereka tentang hukum Islam adalah perkara lumrah dan kitalah yang akan mendakwahkannya. Macamlah MCA dan MIC menyokong hudud. Memang pelik dengan logik akal kita kalau pemimpin Umno asyik sibuk nak cakap pasal Hudud yang PAS perjuangkan. Sebenarnya ada baik dan hikmahnya kalau isu hudud ini timbul agar pemimpin bertopengkan Melayu Islam ini merenung diri dan tahu langit mana yang mereka junjung, barulah mereka sedar apa yang mereka dah pegang selama ini. Biarkan PAS bekerjasama dengan DAP atau mana-mana pertubuhan sekalipun, yang pasti niat PAS adalah ikhlas dan tidak pernah berubah, DASAR TIDAK PERNAH BERUBAH! Husam Musa tidak berniat untuk berdolak dalik, mana-mana pemimpin PAS pun kita yakini tidak akan berdolak dalik kerana tiada sesiapapun akan ubah dasar Islam dalam parti yang telah disepakati. Mursyidul am pun tak boleh ubah dasar itu.
Cakap soal cabar mencabar ini, kalau benarlah UMNO nak tunjuk hero soal hudud ini, mengapa tak perjuangkan bersama-sama PAS? Begitu juga dengan cabaran Nik Aziz bila UMNO sibuk cakap pasal muqabalah dan nak kerjasama dengan PAS baru-baru ini, Nik Aziz beri cadangan kalau betullah nak bekerjasama, bubarkan UMNO dan sertai PAS atau boleh bubarkan dua-dua dan buat satu Parti tunggal berteraskan Islam. Tapi tidak begitu yang berlaku kerana UMNO tak pernah ikhlas nak perjuangkan Islam kerana terlalu sayangkan pegangan kebangsaan ini. Jadi biarkanlah PAS nak bekerjasama dengan sesiapapun dia mahu demi merealisasikan perjuangan Islam sedikit demi sedikit, strategi demi strategi. Kalau Umno taknak sertai Pas, lebih baik duduk diam daripada menjadi tali barut musuh-musuh Islam melalui kata-kata sinis yang langsung tak beri faedah. Duduk diam-diam buat bisnes kontrak ajelah, jangan banyak cakap. Orang-orang UMNO yang kuat mengkritik isu ini kena mohon maaf pada Pas dan sertai Pas, ingatlah, pertelagahan ini takkan kemana kerana kita semua akan kembali pada Allah sebagai seorang hamba tanpa sekelumitpun kesombongan dan keegoan.

No comments:

Post a Comment