Kulasegaran Hormati Keputusan Pas (Sinar Harian, 26 Disember 2008)
SHAH ALAM – Naib Pengerusi DAP, M Kulasegaran menyatakan beliau menghormati pendirian Pas dalam pelaksanaan hUkum hudud sepertimana yang digembar gemburkan oleh pelbagai pihak kebelakangan ini.
Menurutnya, beliau tiada mempunyai masalah dengan pendirian tersebut lebih-lebih lagi jika hukum hudud itu membawa kesejahteraan kepada penganut agama Islam.
“ Saya tidak mahu komen lanjut , tetapi apa yang boleh saya nyatakan saya tidak ada masalah jika hukum itu membawa kesejahteraan kepada orang Islam” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
Namun, kata salah seorang yang ditemui di Kota Bharu semalam, orang bukan Islam tiada masalah berkenaan hukum ini kerana itu adalah isu perundangan untuk orang Islam, tapi entah-entah orang UMNO yang ada masalah kot kalau-kalau hudud dilaksanakan sebagaimana yang pemimpin-pemimpin UMNO Kelantan sedang gembar gemburkan berkenaan isu ini.
Isu Hudud tidak wajar jadi bahan kempen Umno
KUALA TERENGGANU- Isu pelaksanaan hukum hudud dan qisas tidak wajar dijadikan bahan kempen sempena pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu kerana ia telah pun selesai ketika Pas memerintah Terengganu.
Ketua Angkata Muda Keadilan(AMK) Terengganu, Saudara Fariz Musa berkata, hukum hudud dan qisas adalah isu lapuk yang sengaja ditimbulkan oleh UMNO dan Barisan Nasional ketika perdebatan di Kelantan baru-baru ini.
Menurutnya, Enakmen Kesalahan Jenayah Hudud dan Qisas di negeri ini diwartakan pada 25 September 2003 namun belum dikuatkuasakan apabila kerajaan BN mengambil alih tampuk pemerintahan Terengganu setahun kemudian.
“Kita anggap rakyat Terengganu terutama kaum Cina telah mendapat maklumat dan penerangan secara jelas mengenai pelaksanaan hukum ini oleh Pas dulu.
“Hukum ini tidak ganggu keharmonian masyarakat Cina. Kita lihat ia cuba dimainkan UMNO kepada masyarakat bukan Islam (sejak dulu) dan digunakan dalam pilihanraya kecil P36,” katanya ketika ditemui di pejabat PKR semalam.
Sehubungan itu, Fariz meminta semua pihak terutama UMNO tidak lagi memperbesarkan isu tersebut kerana ia sama seperti mempertikaikan hukum yang telah ditetapkan oleh Islam.
Sinar Harian, 26 Disember 2008
ISU HUDUD AKAN MAKAN SI PEMAINNYA
Kalau benarlah Husam Musa berdolak dalik tentang perlaksanaan Hukum Hudud, ada beribu lagi pemimpin Pas dan berjuta lagi penyokong Pas ingin melaksanakan Hudud sebagaimana kenyataan pemimpin-pemimpin Pas di dada-dada akhbar bahawa Hudud adalah wajib dilaksana. Pemimpin Umno Kelantan jangan nak cakap mengarut, jangan nak samakan Hudud dengan Dasar Ekonomi Baru yang dilaksanakan BN. Yang saya nak tanya, pemimpin UMNO nak atau tidak laksanakan hudud jika berkuasa? Yang pasti nada Husam tidak pernahpun menolak hukum Hudud sebaliknya nada Khairy yang terang-tenang menolak Hukum Hudud dan tidak sanggup membentangkannya pada perhimpunan Umno. Isu Hudud ini dicetuskan semula oleh UMNO semata-mata nak cari isu untuk menang parlimen Kuala Terengganu tetapi kita akan lihat dengan mata hati dan iman yang sejati bahawa isu ini akan makan Tuan. Sebab itu Umno jangan nak main-main lagi dengan isu agama, kalau taknak laksanakan, katakan saja taknak. Sebagaimana kata Husam “ Mengapa hukum hudud perlu menjadi agenda Pas sahaja. Kita semua orang Islam tiap-tiap kita mempunyai tanggungjawab itu. Kenapa diberikan kepada Pas sahaja kalau kita ikhlas”. Jadi walau apa jua tohmahan mereka, penyokong Pas jangan bimbang kerana isu itu akan makan si pemainnya, Tuhan akan sentiasa bersama kita insyaAllah sebagaimana dalam sebuah lagu Kumpulan Brothers yang berbunyi ‘ You would be happy, if you follow Allah’s way’.
Thursday, January 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KAN DAH CAKAP, ISU HUDUD AKAN MAKAN SI PEMAINNYA.... ALHAMDULILLAH KITA MENANG DI PARLIMEN KUALA TERENGGANU
ReplyDeleteTUHAN NAK UJI UMNO, DIBERINYA UNDI 30,000 SEBAB DENGAN UNDI BEGITU, UMNO AKAN MENEKALKAN SIKAP BONGKAKNYA YANG TAK MAHU TERIMA POLITIK ISLAM. WALHAL UNDI 30,000 TU SELEPAS BERHEMPAS PULAS DENGAN BERHABIS BERPULUH2 JUTA
TAK HABIS2 NAK MAINKAN PRINSIP MASYARAKAT DENGAN DUIT...
PENGIKUT BIJAK AKAN KATA SENANG JE... MU KASI DUIT, KAMI AMIK SEBAGAI SEDEKAH DAN HADIAH... TAPI UNDI TETAP PADA PARTI ISLAM.