PESANAN PADA PEMIMPIN YANG BANYAK CAKAP
Pemimpin tertinggi Islam sekarang jangan nak banyak cakap dan cabar mencabar soal perlaksaaan hukum perundangan Islam ( Hudud), Tanya diri sendiri, pernah tak aku bersuara dan berusaha untuk melaksanakannya? Itukan tanggungjawab pemimpin tertinggi terutama pada yang dah lama ada kuasa. Jadi, tak perlulah nak cabar mencabar kerana kepentingan sendiri dalam politik. “Kamu nak menang pilihanraya dan mengalahkan parti itu atas alasan apa? Atas alasan parti itu tak mampu laksanakan hudud sebab lemah? Pernahkah kamu bantu ketika kamu di puncak kuasa dahulu mahupun sekarang? Jadi, kepada pemimpin tersebut, jangan hanya tahu mencabar dan banyak cakap saja. Kalau dah sekular tu, tetap sekular la, Jangan nak mencabar parti Islam. Dalam Islam, bukan sahaja syariat penting, syiar juga penting iaitu menzahirkan pegangan dan aliran. Syiar itu membawa objektif untuk mempromosi dan berdakwah. Nama Islam pada parti dan pertubuhan yang dianggotai juga perlu dizahirkan, lagipun kita duduk dalam majoriti umat yang beragama dan berakar umbi Islam. Kenapa perlu di kebangsaankan. Obama itu aspek lain, dia tak boleh nak zahirkan sangat tentang Islamnya kerana dia berada dalam lingkungan bahaya kerana kanan dan kiri sekatan kuffar. Jadi kalau di Amerika, ada parti Islam nak pakai nama kebangsaan Amerika, itu boleh diterima Akal Islam sebab mereka tak boleh zahirkan sangat takut silap haribulan nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Tapi di Malaysia, bagaimana boleh seseorang yang kononnya pemimpin dipilih rakyat memperlekehkan saudara seIslam di parti Islam kononnya mereka tak mampu nak laksanakan perundangan Islam di negeri sendiri, jadi atas alasan itu mereka mesti kalah pada pilihanraya parlimen Januari ini??? Logikkah begitu dalil penentangannya? Secara logiknya, langsung tak betul di awal-awal lagi,jadi tak perlu pemimpin itu nak banyak cakap kerana pemimpin itu tak sertai parti Islam pun, inikan pula nak bersuara membantu Islam jauh sekali. Yang dia tahu, cari duit saja dan mencantikkan pakaian isteri bagai bidadari syurga. Bukankah pemimpin Islam mesti zuhud iaitu teramat beserderhana pada keduniaan. Pemimpin Islam kena ada prinsip, selagi ada rakyat aku kebuluran dan selekeh, aku sama sekali tidak akan jamah kemewahan dunia. Itulah pemimpin Islam yang sebenarnya. Kalau ada ramai pemimpin Islam sebegitu, pasti sistem terunggul dunia iaitu khalifah tidak akan lenyap di muka bumi ini.
NAFSU ITU MEMANG DEGIL-SEDEGILNYA
Dia kata kalau parti itu nak sangat buat hudud, kenapa tak buat di negeri-negeri yang parti itu perintah. Kuat betul pemimpin yang mengaku Islam itu itu cabar mencabar. Habis tu, dia yang beragama Islam tu selama ini buat apa? Parti dia yang memerintah separuh abad tu selama ini buat apa? Terkecualikah dia dari melaungkan dan melaksanakan hukum Allah itu? Atas alasan parti dia tak mahu hudud,terkecualikah dia dari tanggungjawab ini? Pastinya sebagai pemimpin, dia takkan terlepas dari ditanya di akhirat kelak mengapa dia tidak laksanakan sepenuhnya perundangan syariat dan syiar Islam ketika Tuhan beri dia keupayaan kuasa. Ala, senang kirala, tengok saja pasangan dia, tutup aurat pun tidak, inikan pula nak pakai ikut sunnah ummul mukminat iaitu pakaian isteri-isteri Rasulullah. Rambut bini dia bermaharajalela. Yang pasti dan termaktub, rambut itu adalah aurat bagi wanita-wanita Islam kerana secara logikpun, tiada wanita yang rasa selesa dengan membuka rambutnya menggerbang di depan lelaki, dengan menampakkan kemulusan telinga dan alur tengkuknya. Orang kristian dan yahudi yang mana pegangannya sudah tidak tulen pun masih lagi ada ketikanya menutup rambutnya ketika majlis kematian dan berkabung. Islam agama yang tulen, bukan sahaja mahu pengikutnya suci zahir, batin juga mesti suci. Kalau dah bersolek dan rambut bermaharajalela, dimana lagi letaknya kesucian hati? Bukankah manusia itu seharusnya meletakkan cinta dan keabdian hanya pada Tuhannya semata. Berhias, bersolek dan membuka aurat tu nak tunjuk pada siapa kalau bukan pada manusia untuk diriak-riak, diseronok-seronok, dibangga-bangga yang mana kalau berperasaan begitu, hati jadi puas dan seronok serta selesa sebagaimana benarlah kata lirik dalam lagu hijjaz yang berbunyi “semua orang rasa bangga dengan dosa”. Nak malu dengan dosa jauh sekali. Tunggu tua baru rancang nak insaf dan nak buat syiar dan syariat, betapa salahnya pegangan tauhid kerana seolah-olah menidakkan kuasa Tuhan untuk mencabut nyawa ketika usia masih muda. Jadi muncullah trend, emak bukan main lagi tutup aurat pakai tudung tapi tangan sedang memimpin anak gadisnya yang pakai jeans ketat, rambut didandan penuh bergaya dan bawa anak pergi berlakon masuk filem dan pentas pulak untuk promosi aurat anaknya. Ini bukan perlian, tapi ini hakikat, anda semua yang membaca kenyataan ini hati pasti bersetuju tapi nafsu belum tentu bersetuju. Jadi ayat yang paling mujarab saya nak tekankan disini ialah, betapa mahalnya syurga dan betapa susahnya nak masuk syurga kerana nafsu anda yang memang degil sedegilnya.
Thursday, January 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bereh
ReplyDelete